Saturday, January 11, 2014

Pedang Dinasti Maharaja Firaun










                          Pedang ini telah berusia sekitar >3000 SM & merupakan harta rampasan perang setelah kejatuhan Empayar Raja Firaun di zaman Nabi Musa 'Alaihissalam. Pemilik asalnya adalah salah seorang Maharaja Firaun yang hidup di zaman Dinasti Firaun Mesir Purba sebelum 3000 SM. ***(sebelum Nabi Musa A.S. dilahirkan.) Ini berdasarkan kepada bentuk2 ukiran yg terdapat pada hulu / sarung pedang tersebut. Ia mempunyai "6" ukiran berbentuk wajah makhluk / manusia. "1" (bentuk wajah / tubuh) pada hulu pemegang pedang, "3" pada hulu sarung dan "2" di hujung sarung. Ukiran tersebut sama seperti ukiran-ukiran yang terdapat pada khazanah atau artifak  barangan milik Disnati Maharaja Firaun. 

                         Ia merupakan salah satu alat kelengkapan perang selain dari pedang utama. Fungsinya adalah sebagai alat pertahanan yang ke2 atau terakhir seandainya pedang atau senjata utama terlepas dari tangan. Saiz panjang pedang tersebut sekitar 20''. Jenis bahan pembuatan  masih belum dikenal pasti kerana ujian makmal belum pernah dijalankan. 
Hulu pedang serta hulu sarung dan hujung sarungnya dari jenis besi yang sama(seakan akan bahan besi Alloy). Sarungnya pula diperbuat dari sejenis kayu yang belum dikenal pasti. Mana kala bilah pedang yang berwarna hitam ditempa dari bahan besi yang juga tidak kenal pasti lagi.

                          Pedang tersebut telah jatuh ke tangan umat Islam setelah runtuhnya Dinasti Firaun di waktu Nabi Musa 'Alaihissalam berjaya memerangi dan mengalahkan tentera kerajaan Firaun. Kemudianya ia telah diwarisi & disimpan oleh seorang khalifah & juga seorang kabilah pedagang berketurunan Arab dari negara Yaman - "Syeikh Hassan Al - Habsyi". Syeikh ini dikatakan seorang hartawan yang disegani di zaman kebangkitan Islam di waktu itu. Beliau telah infaqkan segala harta milik beliau ke jalan fisabillillah selain tu beliau juga amat terkenal dengan sifat zuhud & dermawan. Beliau adalah seorang Mujahid Islam yg tersohor di zaman kebangkitan dan keagungan Islam sewaktu Sistem Permerintahan Khalifah Islam yg pertama terbentuk di bumi Arab ketika itu.

                           
                          Pedang ini juga dikatakan salah satu lambang keagungan bagi umat-umat Islam dari zaman itu (Dinasti Firaun) hingga ke zaman Rasullullah SAW. Di mana ketika itu Agama Tauhid / Hanif telah mendapat tentangan hebat oleh golongan jahilliah semenjak era Dinasti Firaun. Seorang Hamba Allah di Tanah Melayu ini telah di amanahkan secara terus dari Syeikh Hassan Al-Habsyi untuk menyimpan serta memelihara khazanah warisan keagungan Islam itu yang penuh dengan cerita dan sejarahnya yang tersendiri. Masih banyak lagi sejarah yang belum lagi terungkai hanya mereka yang terpilih sahaja yang mampu untuk menyelami akan segala yang masih tersirat disebalik hijab yang tersembunyi....Wallahu 'alam...

No comments:

Post a Comment