Thursday, April 24, 2014

Duit Syiling Semar (Gobog Wayang) Zaman Jawa Kuno.


                           Duit Syiling Semar atau Gobog Wayang ini adalah salah satu barangan antik / mistik warisan dari salah seorang Sunan / Wali 9 yang tersohor di Tanah Jawa. Ia telah dianugerahkan kepada seorang hamba yang mempunyai salasilah keluarga bangsawan di waktu Zaman Jawa Kuno. Khazanah ini berusia sekitar ratusan tahun. Dipercayai sejak zaman penguasaan Kerajaan Sriwijaya. Dikatakan bahawa khazanah ini adalah pemilikan orang2 yang berpengaruh dan mempunyai darjat / pangkat yg disegani / dihormati oleh masyarakat penduduk setempat.
                            Selain itu ia juga mempunyai hikmah / keindahan mistiknya yg tersendiri. Dipercayai pemiliknya akan akan dihormati dan disegani selain itu pemiliknya juga akan sentiasa menjadi tumpuan untuk mengepalai apa jua majlis atau pertubuhan yang ada disekitar kawasan yang dudukinya. Wallahu'alam..